Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 #
tanpa ruang kosong.(star hash kosong enam hash). Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula. Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi.
Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri
menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon itu sudah di senarai hitamkan.
caRa uTK myeLamaTKn HseT dr dGuNaKn OLeH pencuRi Yg x BguNa!

PsychPersonality Test.
Test ini sudah dicuba dan kebenarannya
sudah terbukti.
Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.
Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk,didalamnya terdapat:
7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri,terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya
Buah manakah yang akan anda pilih?
Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda!
Berfikirlah dengan berhati-hati.
(JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... PILIH DULU BUAH APA.!!)
Ini dia jawapannya...
a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e. jika anda pilih rambutan: bererti orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya
aderke.. hehehehheh.. hehehee..
betul kan?kan?kan?????
Kisah ayam yang macho
Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.
Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Pemilik ladang merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.
Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah dia mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri. Hang tu dah tua dah, tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh..eh...eh...berlagak tul mamat sekor ni (jalak tua bercakap lam ati nyer).
Sape kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang...
O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksyennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan.
Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim
salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja (pantang dicabar ni).
Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk nyer)
Si ayam jalak tua : Dak'eh! Senang jer...kite buat pertandingan lumba lari. Jalak tua tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda: Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M tapi disebabkn aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kekuatan larian extra yang mengkagumkan.
Baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik ladang ternakan
Kenapa?????
[jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"
NiLAI MORAL :
Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak tric)
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...
10 sebab doa terhijab
“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi.
Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”
1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya)
2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.
4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.
10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambi ikhtibar
daripadanya.
Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita
Kegagahan seorang wanita bukan pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan
yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada
Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-
Ahzab : Ayat 71 Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni
bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan yang besar."
membina kecemerlangan
Cemerlang Diri
| Tabiat baik membantu ke arah kecemerlangan |
|
Tabiat adalah bagaimana cara seseorang itu berfikir, bertindak dan bertindak balas dengan sesuatu kejadian. Pelajar yang cemerlang perlu mempunyai tabiat yang baik. Kecemerlangan lahir daripada asuhan, keinginan dam keperluan untuk mencapai sesuatu yang baik. Cuba fikirkan sama ada anda mempunyai tabiat berikut dalam kehidupan sehari-hari: 1. Membaca buku sebelum tidur. 2. Bertanya di dalam kelas jika tidak faham. 3. Menoleh ke belakang setiap kali membuka pintu. 4. Mengemaskan keperluan ke kelas sebelum waktu tidur. 5. Mendengar dengan tekun apabila berbual dengan rakan. 6. Melemparkan senyuman apabila berselisih dengan orang. Tabiat di atas merupakan senarai ringkas daripada pelbagai tabiat yang boleh diikuti oleh pelajar. Ia bukan perkara yang sukar atau mustahil untuk dilakukan. Tabiat yang baik akan membantu anda untuk mendapatkan kecemerlangan. Pelajar yang bersikap proaktif seperti suka bertanya di dalam kelas, berbincang dengan guru dan rakan, akan lebih mempunyai tabiat suka bersendirian. Orang yang bersikap proaktif tidak terpengaruh dengan faktor luaran. Di samping bertanggungjawab kepada diri sendiri, mereka akan cuba mengatasi masalah mereka. Pelajar yang bersikap inovatif selalunya mempunyai tabiat penggerak atau pemula dalam diri mereka. Mereka gemar melakukan perkara yang belum dilakukan oleh orang lain dan bangga menjadi pemenang. Keinginan seperti ini lahir daripada tabiat inginkan kelebihan daripada orang lain. Adakah anda orang pertama melakukan perkara-perkara berikut di dalam kelas: 1. Menyiapkan tugasan atau latihan. 2. bersetuju untuk menjadi ketua atau pengawas. 3. Menawarkan diri untuk sebarang persembahan. 4. Mengangkat tangan apabila guru bertanya soalan. . PENGGUNAAN MASA Pelajar juga merungut tentang masa. Mungkinkah anda pernah menyebut atau merungut dengan perkara-perkara berikut: 1. "Saya dapat soalan tersebut, tetapi masa tak cukup." 2. "kalaulah ada masa, tentu saya dapat habiskan buku tersebut." 3. "Exam dah dekat ni... tak bolehlah tengok siaran langsung bola sepak." Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah masa mengikut keperluan hidupnya. Masa yang sudah berlalu tidak akan dikembalikan. Sifat masa yang paling penting yang perlu diketahui oleh pelajar ialah: "Masa tidak perlu dibayar - setiap orang mempunyai 24 jam sehari semalam dan terpulanglah kepada anda untuk menggunakan masa tersebut." Panduan membahagikan masa Terdapat banyak kriteria membahagikan masa. Setiap orang mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Sebagai pelajar, anda boleh mengikut kriteria di bawah sebagai panduan umum: 1. Lakukan perkara yang mudah dahulu - dala peperiksaan, misalnya, anda perlu bermula dengan soalan yang paling mudah diselesaikan. 2. Lakukan perkara yang lebih cepat untuk disiapkan berbanding dengan yang mengambil masa. 3. lakukan perkara yang perlukan tindakan segera berbanding dengan yang kurang penting. 4. Lakukan perkara yang mempunyai sumber terlebih dahulu. 5. Lakukan perkara yang sudah dirancang berbanding dengan yang tidak dirancang. 6. Lakukan perkara yang kita tahu sebelum perkara perkara yang kita tidak tahu. 7. Lihatlah siapa yang memerlukan tindakan kita. |















